My Nilam Oxford

INFO KAMI

MENGENAI KAMI

MyNilam-Oxford adalah sebuah pertandingan kuiz bulanan atas talian untuk para pelajar sekolah rendah, menengah dan umum. Para peserta Kuiz MyNilam-Oxford layak untuk mendapatkan markah PAJSK atau kokurikulum. Program ini mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MISI

Memenuhi keperluan pendidikan dengan menyediakan kaedah luar biasa.

DIMILIKI

MyNilam-Oxford dimiliki sepenuhnya oleh Nilam Waja Sdn Bhd.
PERTUBUHAN PENDIDIK BERSATU MALAYSIA, telah ditubuhkan pada tahun 2018. Pertubuhan ini dikenali sebagai PENDIDIK merupakan sebuah pertubuhan yang terlibat di dalam bidang Pendidikan, Pembangunan Sosial, Kebajikan, pengurusan acara dan perundingan. 
 
Aktiviti utama PERTUBUHAN PENDIDIK BERSATU MALAYSIA merangkumi memberi khidmat nasihat dan perundingan, menganjurkan program kebajikan, program penulisan, aktiviti yang melibatkan pendidikan dan pembangunan social serta menerbitkan buku dan bahan bacaan kepada masyarakat.
 
Adapun program pendidikan secara online ini adalah cetusan kreatif bersesuaian dengan keperluan pelajar masa kini.
 
 
Markah Kokurikulum adalah penilaian yang sangat penting buat pelajar dalam pengiraan merit kemasukan ke UA/IPTA. Markah yang tinggi dalam peperiksaan semata tidak menjamin tempat anda dalam memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui permohonan UPU. Oleh itu, pelajar perlu juga aktif dalam aktiviti kokurikulum selain cemerlang dalam akademik. Kegiatan kokurikulum sekolah yang juga merupakan aktiviti luar bilik darjah merangkumi aktiviti Pasukan Berunifom, Kelab atau Persatuan serta Sukan atau Permainan. Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jadi, para pelajar perlu mengambil perhatian akan kepentingan aktiviti Kokurikulum yang berfungsi sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (https://www.infoupu.com/semakan-markah-kokurikulum-online/ ).
 
Justeru, MyNilam-Oxford mengambil inisiatif melalui penglibatan pelajar dalam Kelab atau Persatuan bagi memudahkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam kuiz terbuka di peringkat kebangsaan ini. Perisian ini dibangunkan bersesuaian dengan keadaan atau trend semasa dalam merealisasikan pendigitilan dalam pendidikan. Kuiz MyNilam-Oxford ini telah mendapat kebenaran dan pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut :
NOMBOR RUJUKAN SURAT : KPM.600-12/1/4 Jld.21 (30) BERTARIKH 11 MEI 2021.
 
UNTUK KETERANGAN BERKAITAN SURAT KEBENARAN PELAKSANAAN PROGRAM INI, TUAN/PUAN BOLEH HUBUNGI DI ALAMAT :
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya Malaysia.
 
TELEFON : 03-8884 1002
 
FAX : 03-8888 6790

OBJEKTIF KAMI

Menarik minat pelajar terhadap aktiviti berpesatuan dan kelab

Melahirkan pemimpin muda berpengetahuan tinggi

Menjadikan murid lebih berkeyakinan diri untuk menimba ilmu

Melatih pemimpin muda berfikiran KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Melahirkan insan yang seimbang dari aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek , Sosio)

Memberi pendedahan awal kepada murid tentang teknologi maklumat dan pengetahuan am serta kemahiran asas kemimipinan kelab dan persatuan

KENAPA PELAJAR MEMILIH MY NILAM OXFORD

Semua pelajar yang mahu meningkatkan pemahaman tentang mata pelajaran mereka.

Semua pelajar yang mahukan markah kokurikulum.

Semua pelajar yang mahukan pencapaian dalam akademik dan kokurikulum.

KATEGORI KUIZ

ORGANISASI KAMI

Azlee Saari

Founder

Berpengalaman dalam bidang perniagaan selama 29 tahun. Memulakan perniagaan pada tahun 1992 dengan syarikat Seri Indah Enterprise. Kemudian menubuhkan Nilam Waja Sendirian Berhad pada tahun 1998. Merupakan kelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Institut Teknologi Mara, Shah Alam.

Merupakan ahli Alumni Sekolah Menengah Sains Selangor dan ITM.

Rusliadi Rosli

CEO

Berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 10 tahun. Seterusnya berkecimpung dalam bidang perniagaan selama 15 tahun. Mempunyai Ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan dan kini menyambung pengajian di peringkat MBA.

Menjadi Pengerusi Koperasi Usahawan Dana Harta Selangor Berhad dari tahun 2016 hingga kini. Aktif dalam aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo). Kini diamanahkan sebagai Pengerusi Pertubuhan Pendidik Bersatu Malaysia (Pendidik).

 

Mas Ezanee

Advisor

Berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 17 tahun. Seterusnya, pernah terlibat dengan rancangan tutor tv, pernah menulis buku-buku kerja tahap dua serta merupakan Jurulatih Utama daerah dan Kebangsaan. Selain itu, merupakan penceramah teknik menjawab soalan peperiksaan untuk sekolah rendah.

Syed Abdul Razak

Technical Advisor

Menerajui syarikat Side Fx Sdn Bhd dalam bidang perniagaan media digital sejak tahun 2002. Berkelulusan Diploma in Graphic Design dari Saito Academy of Graphic Design pada tahun 1990.

Menerbitkan bahan kandungan dan interaktif digital untuk Galeri Taman Tamadun Islam Terengganu, menerbitkan program tv dan animasi untuk Bahagaian Teknologi Pendidikan, RTM, Astro Oasis, TV Al-HIjrah, Finas & Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).